Kawan- kawan,
I was browsing the treasury’s website when I found this new Pekeliling Perbendaharaan. Tak sempat baca lagi, apa beza with the old one..
KEMENTERIAN KEWANGAN
PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 5 TAHUN 2011
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua YB. Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Ketua Eksekutif Badan Berkanun Persekutuan
Semua Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan
SYARAT DAN TATACARA SKIM PINJAMAN PERUMAHAN
PERBENDAHARAAN MALAYSIA
1. TUJUAN
1.1 Tujuan pekeliling ini adalah untuk menyatukan dan menambahbaik
Pekeliling Skim Pembiayaan Perumahan Perbendaharaan Secara
Islam (SPPI) Bil. 10 Tahun 1994, Skim Pinjaman Perumahan
Perbendaharaan (SPPP) Bil. 6 Tahun 1995 serta semua Surat
Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan dengannya.
2. TAFSIRAN
2.1 Bagi maksud Pekeliling ini, melainkan ditetapkan sebaliknya:
a. ‘Al-Bai’ Bithaman Ajil’ bermaksud jualan dengan harga
tangguh atau jualan dengan bayaran ansuran iaitu menjual
1sesuatu dengan disegerakan penyerahan hartanah yang
dijual kepada pembeli dan ditangguhkan bayaran balik
harganya sehingga ke satu masa yang ditetapkan dan
dengan bayaran secara ansuran bagi pinjaman SPPI;
b. ‘Arkitek’ bermaksud arkitek yang bertauliah atau arkitek yang
berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia termasuk
pelukis pelan yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera
Malaysia, jurutera yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera
Malaysia dan juruukur bahan yang berdaftar dengan
Lembaga Juruukur Bahan Malaysia;
c. ‘Cagaran’ bermaksud jaminan melalui gadaian bagi hartanah
yang mempunyai Hakmilik Individu/Strata atau melalui
penyerahan hak bagi hartanah yang mempunyai Hakmilik
Induk.
d. ‘Ciri-ciri rumah kediaman’ bermaksud mempunyai ruang
tamu, bilik tidur, bilik air dan dapur.
e. ‘Hartanah’ bermaksud tanah dengan tujuan membina rumah
atau tanah dan rumah atau rumah kedai atau petak rumah
kediaman yang seumpamanya dengan ciri-ciri rumah
kediaman;
f. ‘Harga Belian’ bermaksud amaun pinjaman perumahan
Kerajaan yang diluluskan kepada peminjam SPPI;
g. ‘Harga Hartanah’ bermaksud harga yang disebut dalam
Perjanjian Jual Beli antara peminjam dengan penjual;
2h. ‘Harga Jualan’ bermaksud amaun pinjaman SPPI dan jumlah
keuntungan Kerajaan;
i. ‘Hartanah di Pasaran Sekunder’ bermaksud:
i. Hartanah yang belum mempunyai Hakmilik
Individu/Strata yang dijual semula oleh penjual yang
bukan pemilik berdaftar (penjual kedua), selepas
dibeli daripada pemaju (penjual pertama); atau
ii. Hartanah yang telah mempunyai Hakmilik
Individu/Strata yang masih atas nama pemaju dan
belum dipindahmilik kepada nama penjual.
j. ‘Kerajaan’ bermaksud Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan
Negeri;
k. ‘Kontraktor’ bermaksud kontraktor yang berdaftar dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB);
l. ‘Meninggalkan Perkhidmatan’ bermaksud tidak lagi
berkhidmat dengan Kerajaan sama ada secara sukarela
atau paksaan tidak termasuk yang bersara wajib/pilihan atau
bersara atas kepentingan negara atau sebab kesihatan atau
sebab penyusunan semula organisasi atau sebab
kepentingan perkhidmatan awam atau sebab tujuan dilantik
dalam pertubuhan/penswastaan;
3m. ‘Muqasah’ bermaksud satu amaun kurangan daripada
jumlah keuntungan asas yang telah ditetapkan oleh
Kerajaan bagi pinjaman SPPI;
n. ‘Peguam’ bermaksud seorang pengamal undang-undang
dengan mana-mana firma guaman berdaftar dengan Majlis
Peguam Malaysia yang dilantik oleh peminjam untuk
bertindak sebagai pemegang pertaruhan.
o. ‘Pemaju’ bermaksud pemaju yang berdaftar dengan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
atau Pihak Berkuasa Negeri Sabah atau Sarawak;
p. ‘Peminjam’ bermaksud individu yang sedang menikmati
kemudahan SPPI atau SPPP;
q. ‘Penjual Kedua’ bermaksud individu yang membeli hartanah
secara terus daripada pemaju (penjual pertama) dan
kemudian menjual semula hartanah tersebut kepada individu
lain di pasaran sekunder.
r. ‘Petak Rumah Kediaman’ bermaksud rumah kediaman
bertingkat seperti pangsapuri, apartmen, kondominium dan
seumpamanya.
s. ‘Pihak Berkuasa Memberi Pinjaman’ bagi maksud Kumpulan
Wang Pinjaman Perumahan bermakna Kerajaan
Persekutuan melalui Perbendaharaan Malaysia;
t. ‘Pinjaman’ bermaksud pinjaman/pembiayaan di bawah
SPPP/SPPI;
4u. ‘Projek Terbengkalai/Bermasalah’ bermaksud projek
perumahan yang terbiar atau ditinggalkan oleh pemaju yang
disahkan oleh KPKT atau Jabatan Penilaian Dan
Perkhidmatan Hartanah (JPPH) atau Kerajaan Negeri yang
mana berkaitan;
v. ‘Rumah Kos Rendah’ bermaksud pembelian rumah mengikut
harga siling rumah yang telah ditetapkan oleh pihak
berkuasa berkenaan yang tercatat ‘Rumah Kos Rendah’
dalam Perjanjian Jual Beli;
w. ‘Wang Beza’ bermaksud wang perbezaan di antara harga
hartanah dengan amaun pinjaman; dan
3. KEMUDAHAN DAN SYARAT PINJAMAN
3.1 Pemohon layak untuk menikmati dua kali pinjaman sama ada memilih
SPPP atau SPPI bagi pinjaman pertama dan pinjaman kedua tertakluk
kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Pemohon yang telah mendapat
kemudahan pinjaman perumahan daripada Kerajaan Negeri, BadanBadan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hanya layak
mendapat kemudahan pinjaman kedua di bawah skim ini tertakluk
kepada syarat-syarat pinjaman kedua.
3.2 Pemohon yang layak memohon pinjaman adalah seperti berikut:
i. Anggota Perkhidmatan Awam/Polis/Tentera:
5a. Pegawai Tetap yang sedang berkhidmat dalam Kerajaan
Persekutuan atau Kerajaan Negeri atau Badan Berkanun
atau Pihak Berkuasa Tempatan;
b. Warganegara Malaysia;
c. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun dan
telah disahkan jawatan; dan
d. Bukan seorang bankrap atau siberhutang hukuman atau
seorang tidak berkemampuan kewangan atau sedang
diambil tindakan tatatertib bagi tujuan buang kerja.
ii. Anggota Pentadbiran Persekutuan iaitu Perdana Menteri,
Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri,
Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik;
iii. Anggota Pentadbiran Negeri iaitu Menteri Besar, Ketua Menteri,
Timbalan Menteri Besar, Timbalan Ketua Menteri dan Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri;
iv. Hakim Mahkamah Persekutuan/Rayuan/Tinggi tertakluk kepada
Akta Saraan Hakim 1971[Akta 45];
v. Anggota Dewan Negara dan Dewan Rakyat;
vi. Yang Dipertua Dewan Rakyat; dan
vii. Ahli Dewan Undangan Negeri.
63.3 Pemohon yang akan bersara atau anggota tentera yang akan tamat
perkhidmatan mesti mengemukakan permohonan dan diterima tidak
lewat daripada satu (1) tahun sebelum bersara atau tamat
perkhidmatan menggunakan borang yang ditetapkan.
3.4 Pemohon yang memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) mesti mengemukakan permohonan tidak lewat daripada lima
(5) tahun sebelum tamat perkhidmatan.
3.5 Permohonan pinjaman bagi pembelian terus daripada pemaju untuk
rumah dalam pembinaan atau telah siap hanya dibenarkan jika
hartanah mempunyai Hakmilik Induk atau Hakmilik Individu/Strata.
Bagi Hakmilik Induk, kelulusan tukar syarat kegunaan tanah kepada
‘Bangunan’ berserta kelulusan pecah sempadan oleh Pihak Berkuasa
Negeri perlu diperolehi.
3.6 Peminjam yang telah diluluskan pinjaman sebelum 1 Januari 2009
boleh memohon melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 30 tahun bagi
pinjaman pertama dan kerja ubahsuai atau 25 tahun bagi pinjaman
kedua (hartanah kedua) tertakluk kepada syarat di Lampiran A1.
3.7 Pinjaman bagi pembelian hartanah yang telah siap di pasaran
sekunder adalah dibenarkan tertakluk kepada syarat di Lampiran A2
atau Lampiran A3.
3.8 Pinjaman bagi pembelian hartanah yang mempunyai Hakmilik Individu
berstatus pajakan hanya dibenarkan jika tempoh pajakan berbaki
sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun selepas pinjaman selesai
dibayar.
73.9 Pinjaman hanya dibenarkan bagi pembelian satu (1) lot hartanah
sahaja.
3.10 Pinjaman bagi pembelian hartanah lelongan Perbendaharaan Malaysia
adalah dibenarkan tertakluk kepada syarat di Lampiran A4.
3.11 Pinjaman tidak boleh digunakan untuk maksud pembelian hartanah
suami atau isteri kecuali hartanah tersebut perlu dijual atas arahan
mahkamah atau mahkamah syariah atau untuk maksud
menyelesaikan baki hutang hartanah berkenaan mengikut pinjaman
Jenis V tertakluk kepada syarat di Lampiran A5.
3.12 Pinjaman kerja tambahan berjumlah tidak melebihi RM20,000.00
hanya dibenarkan bagi pembelian rumah kos rendah oleh pegawai
Kumpulan Sokongan II tertakluk kepada syarat di Lampiran A6.
3.13 Pinjaman kedua bagi pembelian hartanah kedua adalah dibenarkan
tertakluk kepada syarat di Lampiran A7.
3.14 Peminjam yang telah diluluskan pinjaman tidak dibenarkan memohon
tukar lot kecuali pembelian daripada pemaju yang sama tertakluk
kepada syarat di Lampiran A8.
3.15 Peminjam yang memohon membatalkan pinjaman kerana terlibat
dengan projek terbengkalai/bermasalah adalah dibenarkan memohon
semula pinjaman pertama/kedua yang mana berkaitan selepas
pembatalan diluluskan.
3.16 Peminjam yang memohon membatalkan pinjaman bagi hartanah
pertama adalah dibenarkan memohon pinjaman hartanah pertama
8semula selepas menyelesaikan baki hutang tetapi tidak dibenarkan
mendapat kemudahan pinjaman kedua.
3.17 Sebarang pindaan ke atas kelulusan pinjaman tidak dibenarkan
setelah peminjam mengembalikan Surat Setuju Terima Pinjaman
(Borang E).
3.18 Pinjaman dibatalkan mulai tarikh peminjam meninggalkan
perkhidmatan atau memungkiri mana-mana syarat perjanjian
pinjaman. Bagi kes bayaran belum dikeluarkan sepenuhnya,
Perbendaharaan Malaysia akan menghentikan pengeluaran bayaran
seterusnya.
3.19 Pinjaman bersama hanya dibenarkan jika nama pembeli di dalam
Perjanjian Jual Beli adalah suami dan isteri.
3.20 Pinjaman bersama hendaklah dikemukakan serentak oleh suami dan
isteri untuk membeli satu hartanah yang sama.
4. JENIS PINJAMAN
4.1 Pinjaman boleh dipohon untuk jenis pinjaman berikut:
i. Jenis I
Membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap.
ii. Jenis II
Membina rumah di atas tanah sendiri.
9iii. Jenis III
Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan.
iv. Jenis IV
Membeli tanah dengan tujuan membina rumah.
v. Jenis V
Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan daripada
bank/institusi kewangan.
vi. Jenis VI
Membina rumah di atas tanah pemohon yang dibeli melalui
pinjaman Kerajaan.
vii. Jenis VII
Membuat kerja ubahsuai rumah.
4.2 Syarat pinjaman mengikut jenis adalah seperti di Lampiran A9.
5. AMAUN KELAYAKAN PINJAMAN
5.1 Amaun kelayakan pinjaman adalah mengikut gaji hakiki semasa.
Amaun Kelayakan untuk Anggota Perkhidmatan Awam/ Polis/ Tentera
adalah seperti di Lampiran A10.
5.2 Amaun pinjaman yang diluluskan adalah tertakluk kepada amaun yang
mana terendah berdasarkan kepada kriteria berikut:
i. Harga hartanah;
ii. Penilaian hartanah oleh JPPH;
10iii. Amaun yang dipohon; atau
iv. Kelayakan maksimum pemohon.
Walau bagaimanapun, bagi pinjaman pertama tertakluk kepada
ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji hakiki semasa.
Manakala pinjaman kedua tertakluk kepada ansuran bulanan tidak
melebihi 50% daripada anggaran pencen bulanan pemohon yang akan
diterima berdasarkan gaji hakiki semasa.
6. PERMOHONAN PINJAMAN
6.1 Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan rasmi
berserta dokumen sokongan yang diakui sah mengikut jenis pinjaman
seperti senarai di Lampiran A11.
6.2 Borang permohonan berserta dokumen sokongan yang lengkap
hendaklah dikemukakan kepada Perbendaharaan Malaysia melalui
Ketua Jabatan.
6.3 Amaun wang proses adalah seperti berikut:
i. RM1.00 bagi setiap RM1,000.00 pinjaman yang dipohon bagi
pinjaman pertama; dan
ii. RM2.00 bagi setiap RM1,000.00 pinjaman yang dipohon bagi
pinjaman kedua.
6.4 Wang proses tidak dikembalikan sekiranya kelulusan dibatalkan atau
kelulusan pinjaman lebih rendah daripada amaun yang dipohon.
117. CAGARAN HARTANAH
7.1 Hartanah hendaklah dicagarkan kepada Kerajaan Malaysia secara
gadaian bagi Hakmilik Individu/Strata atau penyerahan hak bagi
Hakmilik Induk.
7.2 Urusan cagaran hartanah kepada Kerajaan Malaysia hanya boleh
disempurnakan setelah:
i. Peminjam mengembalikan Surat Setuju Terima Pinjaman
(Borang E); dan
ii. Peguam mengemukakan dokumen cagaran yang lengkap.
7.3 Perbendaharaan Malaysia akan memohon kemasukan Kaveat
Pendaftar ke atas Hakmilik Induk kepada Pentadbir Tanah
Daerah/Pejabat Tanah dan Galian. Pemaju hendaklah memohon
kebenaran Perbendaharaan Malaysia untuk sebarang urusniaga ke
atas hakmilik di bawah Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56].
7.4 Tatacara gadaian dan penyerahan hak adalah seperti di
Lampiran B1.
7.5 Senarai Borang Cagaran mengikut jenis pinjaman adalah seperti di
Lampiran B2.
8. PENGELUARAN WANG PINJAMAN
8.1 Pengeluaran wang pinjaman bagi hartanah yang tidak digadai kepada
bank/institusi kewangan adalah tertakluk kepada syarat berikut:
12i. Pinjaman Jenis I, setelah hartanah sempurna digadai/diserah
hak kepada Kerajaan Malaysia;
ii. Pinjaman Jenis II dan Jenis IV, setelah hartanah sempurna
digadai kepada Kerajaan Malaysia;
iii. Pinjaman Jenis III, setelah hartanah sempurna digadai/diserah
hak kepada Kerajaan Malaysia. Walau bagaimanapun, bayaran
kemajuan sehingga 80% boleh dikeluarkan berdasarkan
Nombor Perserahan Gadaian atau Nombor Pendaftaran ‘Power
of Attorney (P.A)’ dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh
dokumen cagaran dikembalikan oleh Perbendaharaan Malaysia
kepada peguam untuk pendaftaran;
iv. Pinjaman Jenis VI, setelah hartanah sempurna digadai kepada
Kerajaan Malaysia. Walau bagaimanapun, bayaran kemajuan
sehingga 80% boleh dikeluarkan berdasarkan Nombor
Perserahan Gadaian dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh
dokumen gadaian dikembalikan oleh Perbendaharaan Malaysia
kepada peguam untuk pendaftaran;
v. Pinjaman Jenis VII, bagi rumah yang dibeli melalui Pinjaman
Perumahan Perbendaharaan, bayaran kemajuan adalah seperti
berikut:
a. Bayaran sehingga 80% boleh dikeluarkan berdasarkan
Nombor Perserahan Gadaian, manakala baki 20% akan
dikeluarkan setelah gadaian disempurnakan bagi kes
gadaian.
13b. Bayaran 100% akan dikeluarkan setelah Perjanjian
Tambahan disempurnakan bagi kes penyerahan hak
(SPPP).
c. Bayaran 100% akan dikeluarkan setelah penyerahan hak
kepada Kerajaan Malaysia disempurnakan bagi kes
penyerahan hak (SPPI).
vi. Pinjaman Jenis VII, bagi hartanah yang tidak dibeli melalui
Pinjaman Perumahan Perbendaharaan, bayaran 100% boleh
dikeluarkan setelah hartanah sempurna digadai/serah hak
kepada Kerajaan Malaysia.
8.2 Pinjaman Jenis V, wang pinjaman hanya dikeluarkan setelah
Perbendaharaan Malaysia mengembalikan dokumen cagaran kepada
peguam untuk pendaftaran.
8.3 Hartanah yang digadai kepada bank/institusi kewangan, wang
pinjaman akan dikeluarkan kepada pemegang gadaian. Jika amaun
kelulusan kurang daripada harga hartanah, wang beza hendaklah
digunakan untuk membayar hutang bank/institusi kewangan.
Perbendaharaan Malaysia hanya akan mengeluarkan bayaran baki
hutang bank/institusi kewangan sekiranya ada.
8.4 Tatacara pengeluaran wang pinjaman mengikut jenis pinjaman adalah
seperti di Lampiran C.
149. FAEDAH/KEUNTUNGAN PINJAMAN
9.1 Kadar faedah pinjaman SPPP ditetapkan sebanyak 4% setahun atas
amaun pinjaman yang diluluskan. Perkiraan kadar faedah dibuat atas
baki pokok pinjaman setiap bulan.
9.2 Kadar keuntungan pinjaman SPPI ditetapkan sebanyak 7% setahun.
Perkiraan dibuat atas baki pokok pinjaman setiap bulan. Peminjam
akan terus menikmati kadar keuntungan 4% setahun melalui Prinsip
Muqasah dalam setiap ansuran bayaran balik pinjaman selagi
peminjam berkhidmat dengan Kerajaan dan tidak melakukan
kemungkiran. Walau bagaimanapun Prinsip Muqasah tidak boleh
dinikmati oleh peminjam yang meninggalkan perkhidmatan.
9.3 Pengiraan faedah/keuntungan pinjaman adalah seperti berikut:
i. Pinjaman Jenis I, IV, dan V akan bermula pada bulan berikutnya
selepas tarikh bayaran pertama hartanah dikeluarkan atau pada
bulan ketujuh (7) dari tarikh Surat Setuju Terima Pinjaman
(Borang E) diterima yang mana terdahulu; dan
ii. Pinjaman Jenis II, III, VI dan VII akan bermula selepas bayaran
kemajuan sehingga 95% dikeluarkan atau pada bulan
kesembilan belas (19) dari tarikh Surat Setuju Terima Pinjaman
(Borang E) diterima, yang mana terdahulu.
9.4 Pengecualian faedah/keuntungan pinjaman bagi peminjam yang
terlibat dengan projek terbengkalai/bermasalah adalah seperti berikut:
i. Peminjam yang memohon membatalkan pinjaman dan
sekiranya diluluskan, kadar faedah/keuntungan dikecualikan
15mulai dari tarikh surat pengesahan KPKT/pihak berkuasa
berkenaan; dan
ii. Peminjam yang meneruskan pinjaman, pengecualian
faedah/keuntungan diberikan mulai dari tarikh surat
pengesahan KPKT/pihak berkuasa berkenaan tertakluk kepada
maksimum lima (5) tahun. Walau bagaimanapun, pengecualian
ditamatkan mulai tarikh baucar bayaran pertama dikeluarkan
setelah projek dipulihkan.
9.5 Kadar faedah bagi peminjam SPPP yang meninggalkan perkhidmatan
adalah sebanyak 7% setahun.
9.6 Perbendaharaan Malaysia berhak menuntut wang pinjaman berserta
faedah/keuntungan pada bila-bila masa dengan menyampaikan notis
secara bertulis kepada peminjam dan peminjam hendaklah
menyelesaikan jumlah baki hutang sekaligus dalam tempoh satu (1)
bulan dari tarikh penyampaian notis tersebut.
9.7 Peminjam yang bertukar skim perkhidmatan dibenarkan terus
menikmati kemudahan faedah/keuntungan 4% setahun dengan syarat
peminjam mengemukakan:
i. Salinan surat tawaran jawatan baharu;
ii. Salinan surat pelepasan dengan izin; dan
iii. Pengesahan tempoh perkhidmatan tidak terputus.
1610. BAYARAN BALIK PINJAMAN
10.1 Pinjaman Pertama
10.1.1 Bayaran balik bagi peminjam Skim Berpencen adalah
seperti berikut:
i. Pinjaman Jenis I, II, III, IV, V dan VII, tidak melebihi
360 bulan atau tidak melebihi umur 90 tahun yang
mana terdahulu; dan
ii. Pinjaman Jenis VI, tidak melebihi 360 bulan atau tidak
melebihi umur 90 tahun yang mana terdahulu
termasuk tempoh bayaran balik pinjaman Jenis IV
yang telah digunakan.
10.1.2 Bayaran balik bagi peminjam Skim KWSP adalah seperti
berikut:
i. Pinjaman Jenis I, II, III, IV, V dan VII, terhad kepada
umur tamat perkhidmatan atau 360 bulan yang mana
terdahulu; dan
ii. Pinjaman Jenis VI, terhad kepada umur tamat
perkhidmatan atau 360 bulan yang mana terdahulu
termasuk tempoh bayaran balik pinjaman Jenis IV
yang telah digunakan.
1710.2 Pinjaman Kedua
10.2.1 Bayaran balik bagi peminjam Skim Berpencen adalah
seperti berikut:
i. Pinjaman Jenis I, II, III, IV, V dan VII, tidak melebihi
300 bulan atau melebihi umur 90 tahun yang mana
terdahulu; dan
ii. Pinjaman Jenis VI, tidak melebihi 300 bulan atau
melebihi umur 90 tahun yang mana terdahulu
termasuk tempoh bayaran balik pinjaman Jenis IV
yang telah digunakan.
10.2.2 Bayaran balik bagi peminjam Skim KWSP adalah seperti
berikut:
i. Pinjaman Jenis I, II, III, IV, V dan VII, terhad kepada
umur tamat perkhidmatan atau 300 bulan yang mana
terdahulu; dan
ii. Pinjaman Jenis VI, terhad kepada umur tamat
perkhidmatan atau 300 bulan yang mana terdahulu
termasuk tempoh bayaran balik pinjaman Jenis IV
yang telah digunakan.
10.3 Bayaran balik ansuran bulanan akan berkuat kuasa seperti berikut:
i. Pinjaman Jenis I, IV dan V, bayaran balik bermula pada bulan
berikutnya selepas tarikh bayaran pertama hartanah dikeluarkan
18atau pada bulan ketujuh (7) dari tarikh Surat Setuju Terima
Pinjaman (Borang E) diterima yang mana terdahulu; dan
ii. Pinjaman Jenis II, III, VI dan VII, bayaran balik bermula selepas
bayaran kemajuan sehingga 95% dikeluarkan atau pada bulan
kesembilan belas (19) dari tarikh Surat Setuju Terima Pinjaman
(Borang E) diterima yang mana terdahulu.
10.4 Bagi peminjam yang memilih untuk bersara pilihan, jumlah bayaran
balik bulanan sehingga pencen peminjam dikuatkuasakan akan ditolak
daripada ganjarannya.
10.5 Pertimbangan untuk penangguhan bayaran balik bulanan hanya diberi
kepada peminjam yang memenuhi syarat berikut:
i. Peminjam yang mengambil cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji
untuk melanjutkan pelajaran atas tajaan Kerajaan bagi
Diploma/Ijazah/Sarjana/PhD dalam negeri;
ii. Peminjam yang mengambil cuti tanpa gaji untuk mengikuti
suami/isteri yang melanjutkan pelajaran Ijazah/Sarjana/PhD di
luar negara atas tajaan Kerajaan;
iii. Peminjam yang mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh minimum
setahun kerana mengikuti suami/isteri yang bertugas dengan
Kerajaan Malaysia di luar negara; atau
iv. Peminjam yang mengambil cuti menjaga anak tanpa gaji bagi
tempoh minimum setahun selepas tamat cuti bersalin.
1910.6 Penangguhan bayaran balik akan diberhentikan serta merta setelah
peminjam kembali bertugas.
10.7 Peminjam yang terlibat dengan projek terbengkalai/bermasalah dan
pinjaman dibatalkan atas permintaan peminjam, dikehendaki
menyelesaikan baki hutang mengikut jumlah yang telah dikeluarkan
termasuk premium insurans/takaful yang telah digunakan. Bayaran
balik boleh dilakukan sekaligus atau secara ansuran melalui pindaan
kepada Arahan Potongan Gaji (APG)/Arahan Potongan Pencen
(APP)/Arahan Bayaran Balik Bulanan (ABB).
10.8 Peminjam yang memohon membatalkan pinjaman dan sekiranya
diluluskan, dikehendaki menyelesaikan baki hutang mengikut jumlah
yang dikeluarkan termasuk premium insurans/takaful yang digunakan
berserta faedah/keuntungan terkumpul. Kadar ansuran bayaran balik
bulanan adalah kekal dan akan terus dibuat melalui APG/APP/ABB.
10.9 Sekiranya peminjam melakukan kemungkiran, pinjaman adalah
terbatal dengan sendirinya. Bagi pinjaman secara bersama,
suami/isteri yang tidak melakukan kemungkiran adalah dibenarkan
meneruskan bayaran balik bulanan dengan syarat mengambil alih baki
hutang pinjaman suami/isteri yang melakukan kemungkiran. Sekiranya
gagal berbuat demikian, suami/isteri yang melakukan kemungkiran
dikehendaki membayar balik sekaligus baki pinjaman dalam tempoh
satu (1) bulan dari tarikh kemungkiran bagi mengelakkan dikenakan
kadar faedah/keuntungan 7%.
2011. PERLINDUNGAN INSURANS/TAKAFUL
11.1 Pemohon diwajibkan mengambil Polisi Perlindungan Gadai Janji dan
Polisi Perlindungan Pemilikan Rumah Kediaman daripada panel
syarikat insurans/takaful yang dilantik oleh Perbendaharaan
Malaysia. Premium insurans/takaful merupakan tambahan pinjaman
dan tidak termasuk dalam kelayakan maksimum pinjaman.
11.2 Bagi pembelian petak rumah kediaman, pemohon boleh dikecualikan
daripada mengambil Polisi Perlindungan Pemilikan Rumah
Kediaman secara pilihan. Walau bagaimanapun, Polisi Perlindungan
Gadai Janji adalah diwajibkan.
11.3 Pemohon yang mengambil pinjaman SPPI diwajibkan mengambil
takaful manakala pemohon yang mengambil pinjaman SPPP boleh
memilih sama ada takaful atau insurans.
11.4 Insurans/Takaful Perlindungan Gadai Janji berkuat kuasa mulai dari
tarikh kelulusan pinjaman tertakluk kepada peminjam telah
mengembalikan Surat Setuju Terima Pinjaman (Borang E) dan
disahkan penerimaannya oleh Perbendaharaan Malaysia.
11.5 Insurans/Takaful Perlindungan Pemilikan Rumah Kediaman berkuat
kuasa dari tarikh pengeluaran bayaran 95% oleh Perbendaharaan
Malaysia.
11.6 Sijil kematian atau laporan kebakaran/bencana (‘bencana’ mengikut
definisi syarikat insurans/takaful) hendaklah dikemukakan kepada
syarikat insurans/takaful yang berkenaan. Bayaran pampasan oleh
syarikat insurans/takaful akan dibayar kepada Perbendaharaan
Malaysia untuk tujuan penyelesaian baki hutang/bayaran kepada
21pemaju atau pembayaran baik pulih rumah yang mana berkenaan
tertakluk kepada akaun peminjam tiada tunggakan bayaran balik.
11.7 Penangguhan bayaran balik pinjaman perlu dilindungi
Insurans/Takaful Gadai Janji dan Pemilikan Rumah Kediaman yang
perlu dibayar sendiri oleh peminjam kepada panel insurans/takaful.
11.8 Peminjam digalakkan mengambil tambahan insurans/takaful secara
sendiri bagi perlindungan rumah kediaman untuk menampung
kenaikan nilai hartanah dari semasa ke semasa.
11.9 Bagi pinjaman Jenis VI dan VII, peminjam hendaklah mengambil
polisi dari syarikat insurans/takaful yang sama dengan pinjaman
asal.
12. PERLANTIKAN PEGUAM SEBAGAI PEMEGANG PERTARUHAN
12.1 Semua pemohon disyaratkan untuk melantik peguam daripada firma
guaman yang berdaftar dengan Majlis Peguam untuk bertindak
sebagai Pemegang Pertaruhan.
12.2 Peguam hendaklah memberi akujanji mengikut format yang
ditetapkan oleh Perbendaharaan Malaysia. Akujanji baharu
hendaklah diberi jika berlaku pertukaran peguam atau nama firma
guaman.
2213. KEBENARAN MENJUAL/MEMINDAHMILIK/MENCAGAR HARTANAH
13.1 Peminjam boleh menjual/memindahmilik/mencagar hartanah dengan
syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada
Perbendaharaan Malaysia tertakluk kepada syarat di Lampiran D1.
14. PELEPASAN GADAIAN/PELEPASAN DAN PENYERAHAN HAK
SEMULA
14.1 Pelepasan gadaian/pelepasan dan penyerahan hak semula akan
dibuat setelah peminjam menyelesaikan pinjaman sepenuhnya
kepada Perbendaharaan Malaysia serentak dengan arahan
pemberhentian kepentingan polisi insurans/takaful. Bagi kes
kematian, pelepasan gadaian/pelepasan dan penyerahan hak
semula akan dibuat kepada waris yang sah mengikut Perintah
Pembahagian Harta Pusaka/Perintah Mahkamah. Tatacara
pelepasan gadaian/pelepasan dan penyerahan hak semula adalah
seperti di Lampiran D2.
15. PENAMATAN PERJANJIAN PINJAMAN
15.1 Peminjam dikehendaki menyelesaikan baki hutang dengan
membayar balik sekaligus dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh
notis tuntutan atas sebab kemungkiran peminjam terhadap perjanjian
pinjaman atau apa-apa sebab yang memungkinkan Perbendaharaan
Malaysia menamatkan perjanjian.
2316. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN
16.1 Ketua Jabatan perlu memastikan pemohon mematuhi semua
peraturan dan syarat yang telah ditetapkan sebelum mengemukakan
permohonan kepada Perbendaharaan Malaysia.
16.2 Ketua Jabatan perlu merekodkan dengan sempurna dalam Buku
Rekod Perkhidmatan peminjam dan Buku Daftar Jabatan segala
butiran yang berkaitan dengan pinjaman seperti berikut:
i. Nombor rujukan fail dan tarikh kelulusan pinjaman;
ii. Amaun pinjaman;
iii. Nombor akaun;
iv. Amaun ansuran bulanan;
v. Tarikh mula kuat kuasa APG;
vi. Tarikh tamat APG; dan
vii. Tarikh pinjaman diselesaikan.
16.3 Ketua Jabatan perlu melaksanakan sepenuhnya APG dan
mengemukakan bayaran kepada Perbendaharaan Malaysia selewatlewatnya pada akhir setiap bulan. Potongan bayaran balik pinjaman
perlu dibuat selepas potongan atas KWSP dan cukai pendapatan.
Jika pelaksanaan APG ini tidak dapat dilakukan mengikut jadual
yang ditetapkan, Ketua Jabatan perlu menyelesaikan tunggakan
tersebut melalui potongan gaji peminjam secara berganda tanpa
perlu mendapat arahan daripada Perbendaharaan Malaysia.
16.4 Ketua Jabatan perlu dengan serta merta melaporkan kepada
Perbendaharaan Malaysia sekiranya berlaku perubahan terhadap
maklumat peminjam seperti berikut:
24i. Baki gaji termasuk elaun tidak mencukupi selepas
pemotongan KWSP dan cukai pendapatan;
ii. APG tidak dapat dilaksanakan;
iii. Bertukar alamat pejabat;
iv. Cuti separuh gaji/tanpa gaji;
v. Digantung kerja/ditahan gaji/dibuang kerja kerana tindakan
tatatertib dan bankrap;
vi. Meninggalkan perkhidmatan;
vii. Bersara; dan
viii. Meninggal dunia.
16.5 APG perlu dicatatkan di dalam Sijil Gaji Akhir untuk membolehkan
Ketua Jabatan di tempat bertugas yang baharu melaksanakan APG
mengikut jadual.
16.6 Tindakan surcaj akan diambil di bawah Akta Tatacara Kewangan
1957 [Akta 61] ke atas Ketua Jabatan yang tidak mematuhi APG
termasuk menangguh pelaksanaan, mengurangkan amaun dan
memberhentikan potongan gaji yang ditetapkan serta
menangguhkan penyerahan kutipan APG kepada Perbendaharaan
Malaysia.
16.7 Ketua Jabatan perlu memberi ingatan kepada peminjam supaya
membuat bayaran berikut:
i. Cukai Tanah; dan
ii. Bayaran perkhidmatan peguam.
2517. TANGGUNGJAWAB PEMINJAM
17.1 Peminjam perlu melaksanakan perkara berikut:
i. Mengemukakan Surat Setuju Terima Pinjaman (Borang E)
yang lengkap dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja
dari tarikh surat kelulusan;
ii. Menandatangani Borang Pindahmilik (Borang 14A) dan
dokumen cagaran serta memastikan urusan cagaran
disempurnakan oleh peguam dengan segera supaya tidak
dikenakan faedah ke atas pembayaran lewat oleh
pemaju/penjual;
iii. Melaporkan dengan segera kepada Perbendaharaan
Malaysia mengenai pertukaran:
a. Alamat tempat bertugas, nombor telefon pejabat/ telefon
bimbit dan alamat emel;
b. Pusat pembayaran gaji;
c. Alamat tetap terkini; dan
d. Nama dan alamat waris untuk dihubungi.
iv. Memastikan Ketua Jabatan melaksanakan APG dan
menyerahkan bayaran kepada Perbendaharaan Malaysia;
v. Membayar ansuran bayaran balik pinjaman kepada
Perbendaharaan Malaysia jika APG gagal dilaksanakan oleh
Ketua Jabatan atau semasa mengambil cuti separuh
gaji/tanpa gaji/bersara awal;
26vi. Menyelesaikan sekaligus semua baki pinjaman apabila
berlaku kemungkiran syarat pinjaman;
vii. Membayar cukai tanah supaya hartanah tidak dirampas;
viii. Membayar pendaftaran gadaian melalui peguam jika
dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri; dan
ix. Memaklumkan kepada peguam mengenai perlunya cagaran
hartanah dilaksanakan segera supaya tidak dikenakan
faedah ke atas pembayaran lewat oleh pemaju/penjual.
18. TANGGUNGJAWAB BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN, JABATAN
PERKHIDMATAN AWAM/JABATAN HAL EHWAL VETERAN,
KEMENTERIAN PERTAHANAN
18.1 Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam/
Jabatan Hal Ehwal Veteran, Kementerian Pertahanan perlu
melaksanakan sepenuhnya APP dan potongan ganjaran (jika
berkaitan) dan mengemukakan bayaran kepada Perbendaharaan
Malaysia. Bayaran potongan pencen hendaklah dikemukakan
selewat-lewatnya pada akhir setiap bulan.
19. NOTIS
19.1 Semua notis termasuk notis tuntutan dan notis pertukaran kadar
faedah/keuntungan akan dihantar ke alamat terkini peminjam
mengikut rekod Perbendaharaan Malaysia.
2719.2 Untuk membuktikan bahawa sesuatu notis telah disampaikan dengan
sempurna memadai dengan bukti bahawa surat tersebut diposkan
kepada alamat mengikut rekod Perbendaharaan Malaysia. Notis
melibatkan tindakan undang-undang perlu dihantar secara pos
berdaftar.
19.3 Notis termasuk notis tuntutan dan notis pertukaran kadar faedah/
keuntungan yang disampaikan kepada peminjam perlu secara
bertulis dan ditandangani oleh pegawai yang diperturunkan kuasa
oleh Perbendaharaan Malaysia.
20. KUASA KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN
20.1 Ketua Setiausaha Perbendaharaan berkuasa mengenakan syarat
tambahan, meminda atau mengecualikan syarat di atas.
21. PEMBATALAN PEKELILING PERBENDAHARAAN, SURAT
PEKELILING PERBENDAHARAAN DAN SURAT PERBENDAHARAAN
YANG BERKAITAN DENGAN PINJAMAN PERUMAHAN
PERBENDAHARAAN
21.1 Pekeliling Perbendaharaan, Surat Pekeliling Perbendaharaan dan
Surat Perbendaharaan yang berkaitan dengan pinjaman perumahan
Perbendaharaan yang terdahulu seperti di Lampiran E adalah
terbatal dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perbendaharaan ini.
21.2 Mana-mana hak, keistimewaan atau obligasi atau liabiliti yang
diperoleh, terakru atau dilakukan sebelum tarikh kuat kuasa atau
apa-apa prosiding undang-undang, remedi atau penyiasatan
berkenaan dengan apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau liabiliti
28tidaklah terjejas oleh Pekeliling ini dan hendaklah terus berkuat
kuasa seolah-olah Pekeliling ini telah tidak dibuat.
July 22nd,2011
service |
4 Comments