Congkak VS Jangan Pandang Belakang

Photobucket 

 

SINOPSIS 

Ia bermula dengan penerangan mengenai asal usul permainan congkak. Konon nya permainan itu diperkenalkan di sebuah kerajaan di langit. 7 lubang menghala ke neraka dan 7 lagi menghala ke syurga.Entah bagaimana, permainan itu turun ke bumi, dan telah mewujudkan pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan.

Permulaan filem ini menarik dan telah berjaya memberi gambaran bahawa perjalanan untuk 1 jam 45 minit selanjutnya akan menjadi lebih mendebarkan. Cerita ini mengisahkan tentang Kazman dan keluarganya yang bercuti di sebuah kawasan yang agak terpencil. Rumah percutian mereka berada berhampiran dengan kawasan perkuburan. Setiap malam, Sufiah, isteri Kazman akan mendengar bunyi orang bermain congkak di dalam rumah tersebut. Kejadian aneh mula berlaku apabila Lisa anak pasangan itu menjumpai papan congkak di dalam rumah tersebut. Bermula dengan rasukan terhadap Elly, anak pertama pasangan tersebut, satu  demi satu kejadian aneh menimpa keluarga itu. Klimaks kepada segala kejadian seram itu adalah apabila Sufiah turut dirasuk dan Lisa hilang entah ke mana.

REVIEW

Terus terang, Congkak gagal menandingi kejayaan filem seram pertama Ahmad Idham - Jangan Pandang Belakang. Walaupun ciri - ciri suprise/ kejutan dan suspens masih wujud dalam cerita ini. Congkak adalah sebuah filem yang biasa - biasa sahaja. Jika dalam filem Jangan Pandang Belakang, penonton tidak senang duduk dan sentiasa ingin mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya, perjalanan filem CONGKAK agak perlahan dan membosankan.  

Ceritanya simple, papan congkak yang berpenunggu dan siri rasukan terhadap sebuah keluarga yang menghuni rumah yang berhampiran dengan sebuah kubur lama. Mungkin agak kurang adil untuk membandingkan Congkak dan JPB. Namun hakikatnya, ada penonton yang menguap kebosanan di tengah - tengah cerita.

Walaubagaimanapun, pujian harus diberikan kepada teknik solekan dan cgi yang telah digunakan di dalam filem ini.  Tahniah juga kepada Ahmad Idham kerana masih mampu mengekalkan elemen humor dalam filem seramnya kali ini. 

 dakwanie Ratings scale: 6/10 

ps:// thanks kepada MON kerana telah memberi idea untuk membuat movie review at www.dakwanie.com. MMMMMUUAHHHHH 

Comments (5)

liza
lizaApril 22nd, 2008 at 9:52 am

hello beb… mana ada aku sombong… hehari aku jengok ko kat sini… tgk perkembangan…he..

yuz
yuzApril 22nd, 2008 at 10:40 am

ni kekonon wayang sape kalu bukan wayang kite la nih?

tuan tanah
tuan tanahApril 23rd, 2008 at 8:18 am

bukan ah yuz,
ni nama column dia… siapa lagi nak kutuk kalau bukan aku
muahahahahahhahahahahahhaha

yuz
yuzApril 24th, 2008 at 9:24 pm

hahahaha…vavi tauuuu!!!!

kamal jb
kamal jbSeptember 18th, 2011 at 11:37 pm

Yang penting filem horror terbaik dan ranking nombor satu malaysia tetap filem director favourite aku.khurafat 8 juta woo.go syamsul yusof!! Haha aku bakar line

Leave a comment

Your comment